Pasukan airborne Peperangan_udara

Rencana utama: Pasukan airborne

Pasukan airborne atau pasukan hantaran udara adalah unit tentera infantri ringan, yang ditubuhkan untuk dibawa oleh pesawat dan "digugurkan" ke medan pertempuran, biasanya dengan payung terjun. Oleh itu, mereka boleh diletakkan kedalam barisan musuh, dan mempunyai keupayaan untuk di atur gerak kemana-mana sahaja dengan tanpa amaran. Formasi tersebut dihadkan oleh jumlah dan saiz pesawat mereka, berdasarkan kapasiti yang cukup sebuah pasukan besar boleh muncul "entah dari mana" dalam masa beberapa minit, tindakan yang disebut sebagai serangan vertikal.

Sebaliknya, pasukan airborne biasanya kekurangan bekalan dan peralatan untuk operasi kombat yang panjang, dan dengan itu lebih sesuai untuk operasi tumpuan udara daripada pendudukan jangka panjang; tambahan pula, operasi payung terjun adalah sangat sensitif dengan cuaca yang buruk. Kemajuan teknologi helikopter semenjak Perang Dunia II telah membawa penambahan fleksibiliti kepada skop operasi airborne, dan gempur udara telah banyak menggantikan operasi besar-besaran payung terjun, dan (hampir) menggantikan sepenuhnya operasi glider kombat.

Rujukan

WikiPedia: Peperangan_udara http://www.collectionscanada.ca/first-world-war/in... http://edition.cnn.com/2009/WORLD/americas/07/23/w... http://abcnews.go.com/Technology/story?id=8164538&... http://www.govexec.com/pdfs/072309kp1.pdf http://www.meairpower.com/ http://www.skygod.com/quotes/airpower.html http://www.europeanfilmgateway.eu/node/33/air%20ef... http://www.airpower.au.af.mil/airchronicles/cc/jjo... http://www.dtic.mil/doctrine/jel/doddict/data/a/22... http://web.archive.org/20110604211928/http://www.d...